Welcome to Dr Rahim's Site

Sponsorship MyPhD & MyMaster

Attention: open in a new window. PDFPrintE-mail

Last Updated (Wednesday, 29 December 2010 04:02) Written by Dr Wan Abdul Rahim Wan Mohd Isa Wednesday, 29 December 2010 04:00

Makluman penuh:  https://www.mohe.gov.my/MyBrain15/index.php
 
Program Pembiayaan MyMaster dan MyPhD
   
Kementerian Pengajian Tinggi telah melancarkan tiga program baru di bawah MyBrain15 dengan peruntukan sebanyak RM2.68 bilion pada 1 Disember 2010, dalam usaha meningkatkan jumlah graduan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) menjelang 2015. Program ini telah  dibuka untuk permohonan secara online sepanjang tahun mulai 1 Disember 2010.
 
Warganegara Malaysia dari kalangan graduan, orang awam dan sektor swasta  yang ingin melanjutkan  pengajian ke peringkat Sarjana atau PhD di bidang sains dan teknologi, sains sosial/sastera ikhtisas di Universiti Teknologi MARA kini boleh memohon pembiayaan melalui Program Pembiayaan Ijazah Lanjutan di bawah RMke-10 Kementerian Pengajian Tinggi iaitu Program Pembiayaan  MyMaster dan  MyPhD.

Peserta MyPhD perlu berkhidmat dalam negara selama lima tahun manakala MyMaster perlu menamatkan pengajian di IPT terbabit dan jika gagal berbuat demikian mereka perlu membayar balik kos pembiayaan berkenaan. Contohnya, program ini menawarkan biayaan sebanyak RM2,300 sebulan untuk 42 bulan dan pembiayaan yuran maksimum sebanyak RM24,000 kepada pelajar PhD.

Program pembiayaan MyPhD merupakan pembiayaan pengajian peringkat ijazah kedoktoran  di bawah program MyBrain15 untuk mencapai sasaran 60,000 pemegang ijazah Kedoktoran di kalangan rakyat Malaysia selaras dengan agenda "Malaysia sebagai Pusat kepada Perkembangan Pengetahuan dan Inovasi". Kementerian menetapkan sasaran menghasilkan 24,300 pemegang PhD dan 40,000 pemegang Ijazah Sarjana dalam RMKe-10.

 

Page 1 of 3